<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Sunday, April 13, 2008

Tentang Kami

KampungWifi merupakan projek sulung sumber terbuka yang dikendalikan oleh belia Kampung Melayu Wira Damai di bawah program "Orang kampung menjelajah dunia". Ideanya dicetuskan oleh Dellantre.com yang pada masa yang sama menjadi penaja di peringkat awal pembangunan projek dan menyelia program ini demi memastikan ianya mencapai objektif untuk berkongsi pengetahuan dengan seluruh rayat Malaysia mengenai teknologi Wireless Fidelity(Wifi).

Di era globalisasi kini, kita tidak boleh tertinggal kebelakang kerana ianya merugikan diri kita sendiri walhal terdapat banyak peluang untuk kita mencuba, cuma kesedaran sahaja yang kurang dikalangan pemuda masakini. Oleh itu kami memilih projek sebegini sebagai platform penyediaan maklumat dan rujukan untuk semua orang dimasa akan datang. Kami mengamalkan konsep kongsi dan belajar untuk meningkatkan pengetahuan didalam bidang ini. Terima kasih kepada semua client/pengguna kerana terus menjadi penyumbang serta menyokong kepada pembangunan projek ini yang berterusan secara efektif.

Anda tidak digalakkan menyertai projek ini kerana kami tidak mahu mewujudkan persaingan dengan penyedia perkhidmatan internet seperti TM. Kami memerlukan client/pengguna untuk menguji tahap kebolehupayaan sistem yang mengendalikan projek ini Kerana projek ini mempunyai potensi dalam penyediaan sistem kuota dan pengurusan. Jika anda mahukan talian internet yang stabil 24 jam dengan kelajuan yang memuaskan, Projek ini bukanlah pilihan untuk keperluan anda. "KampungWifi" merupakan projek, bukan perkhidmatan internet.

Sekian.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home
 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung