<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Friday, March 6, 2009

M4 yang hadir

Assalamualaikum.

Beri perhatian :

M4 akan diuji kebolehupayaannya bermula 4 Mac 2009. Kesemua client diharap dapat menukarkan sambungan ke M4 kerana M3 akan di tutup jika semuanya berjalan dengan baik. M4 di bangunkan bagi menggantikan M3 yang kerap Reboot kerana ketidastabilan dan perkara2 lain yang tak dikenalpasti.

Walabagaimanapun, M3 akan berfungsi sebagai backup sementara M4 menghadapi fasa ujian dengan menggunakan firmware terkini iaitu dd-wrt V24 sp1. Posisi M4 juga adalah lebih baik dari M3. Sila beri pendapat dan komen terhadap M4.

Sepanjang fasa kebolehupayaan dijalankan, M4 tidak akan berfungsi 24 jam. Ianya bermula jam 8 malam hingga 12 tgh malam sahaja. Mungkin akan diuji pada waktu siang. Bergantung kepada keperluan dan kehendak proses.

Sila tukarkan sambungan anda sekarang. Anda boleh memilih semula M3 jika M4 tiada aktif ataupun kualiti M4 kurang memberangsangkan.

Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan. Segala perubahan akan diberitahu kelak.
Terima kasih kerana menyertai kami.
Sekian.



Tuesday, March 3, 2009

Projek pengurusan klien bermula...

Assalamualaikum wrt..

Dengan rasa berbesar hati ingin mengumumkan penemuan seterusnya ialah sistem pengurusan klien yang telah saya beritahu sebelum ini. Setelah 4 hari menggeledah sistem ini, akhirnya berjaya juga saya meng 'up' kan nya didalam server. Saya akan terangkan bagaimana sistem captive portal wifidog berfungsi. Sebelum itu saya minta maaf kerana tidak menerangkan apa itu captive portal. InsyaAllah selepas ini saya terangkan. Berikut merupakan diagram wifidog yang telah dijalankan :Entiti Client bermaksud adalah pengguna seperti anda semua.
Entiti Gateway merupakan AP atau access point.
Auth Server merupakan server side yang berada di tempat lain seperti datacenter. Saya menggunakan domain kampungwifi.com.

Klien akan memasukkan kata laluan yang kemudiannya akan akan disahkan oleh server. Proses ini berlaku apabila Gateway menjadi orang tengah untuk anda dan server berkomunikasi. Namun Gateway bukanlah tempat pangkalan data klien. Semua sesi pendaftaran dan data berada di server.

Gateway yang di letakkan disitu menggunakan firmware DD-WRT V24 sp1 Nokaid di atas platform perkakas Buffalo WHR-HP-G54 yang telah di setkan untuk berfungsi sebagai ejen kepada server dan juga klien. Berikut merupakan paparan untuk login ke KampungWifi akan datang :

Esok saya akan selesaikan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Selepas ini saya merangka sistem ini akan dapat membantu kita semua sekaligus dapat meningkatkan tahap keselamatan klien yang berhubung.


Sebab apa saya guna bahasa melayu = sebab tutorial dalam bahasa ibunda kita amatlah susah nak dapat. Saya pun terpaksa translate walaupun ada yg tak betul. Asalkan faham sudah. Martabatkan bahasa melayu!



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung