<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Wednesday, July 14, 2010

Engenius EOC-2611P

Kampungwifi mengorak langkah dengan menggunakan peralatan baru iaitu Engenius EOC-2610. Modul R8 akan di tukar dari jenis Buffalo kepada model baru ini kerana ianya lebih baik dari segi signal transmitnya. Model ini juga merupakan model khusus untuk dijadikan repeater, tidak seperti buffalo yang merupakan model pengguna biasa dan telah di "tweak' untuk menjadi super power.

Model disebelahnya, iaitu EOC-2611P adalah model terbau bagi menggantikan model asal iaitu EOC-2610. Model terbaru ni mempunyai kelebihan berbanding yang lama iaitu dual polarization iaitu di horizontal dan vertical secara serentak atau boleh dipilih salah satu.

Melalui kajian saya, dual polarization tidak lebih dari merembes signal pada sudut yang lebih luas. Cumanya, jika dual polarize di hidupkan, rembesan signal semakin lemah kerana bukaan sudutnya lebih luas. Kelebihannya adalah untuk jarak dekat. Seperti fungsi kamera wide, dan bukan zooming. Spesifikasi model ini anda boleh rujuk di http://www.engeniustech.com/datacom/products/details.aspx?id=314.

Untuk pengetahuan anda, model ini boleh di flashkan ke DDWRT. Tetapi perlu membayar kepada mereka kerana model ini bukanlah model pengguna umum. Harga lesen tersebut tak lebih RM100 dan ianya adalah utk sekali pembelian sahaja.

Model ini rasanya telah di jenamakan semula oleh TP-link yang tak jauh beza fungsinya. Anda boleh rujuk model tersebut di http://www.tp-link.com/products/productDetails.asp?class=wlan&pmodel=TL-WA5210G.

Kepada yang berminat terhadap model Engenius EOC-2611P ini, boleh dapatkan dari saya. Harga yang ditawarkan ialah RM500 setiap unit.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home
 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung