<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Tuesday, August 5, 2008

Perancangan yang berterusan

Alhamdulillah, Projek Kampungwifi mendapat reaksi yang baik oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Pernah saya setup kan network untuk sebuah rumah, saya mengajar A hingga Z tentang penggunaan internet secara mudah dan berkesan. Yang saya banggakan ialah kesungguhan mereka menerima sesuatu yang baru iaitu internet yang mampu menjangkau dunia dengan pantas hanya di hujung jari.

Ada juga ibubapa yang takut akan kewujudan unsur yang tidak baik dalam dunia internet. Ini kerana yang menggunakannya adalah anak2 mereka. Tugas saya hanyalah menyekat beberapa laman web yang tidak berfaedah ini.

Perancangan seterusnya ialah mewujudkan akaun email contoh@wiradamai.com pada masa akan datang. Akaun email ini akan disediakan kepada setiap klien yang menyertai project ini. Namun, rancangan ini hanya akan dijalankan setelah pihak pembangun projek mempunyai dana yang cukup bagi menampung kos hosting dan juga domain. Akaun email ini diharap dapat membuka lembaran baru dengan memperkenalkan sistem email dan dapat mengurangkan konsep konvensional seperti pada harini. Teknologi email yang diaplikasikan ialah POP3 atau IMAP.

Pembangun projek sentiasa memandang kehadapan bagi mewujudkan jaringan pengetahuan tanpa sempadan di Kampung Wira Damai.



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung