<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Wednesday, May 5, 2010

Tidak berhenti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biarpun sekian lama menyepikan diri dari dunia blog, ini tidak bermakna saya hilang dengan tidak membuat apa-apa. Hampir 6 bulan kebelakangan ini pelbagai perkara telah saya lakukan untuk merealisasikan sebuah perkhidmatan wifi murah yang murah dan efisien.

Tahun 2010 merupakan tahun perancangan drastik saya dalam dunia IT. Saya menjadi semakin rancak melakukan R&D dan tumpuan kepada ilmu-ilmu teknologi lain. Antara yang telah saya bangunkan ialah Projek TUNAS dimana objektif saya ingin membantu usahawan kecil dan baru memperkenalkan perniagaan "belakang rumah" mereka di internet dengan memiliki laman web sendiri. Pendekatan yang saya terapkan adalah melalui pemahaman konsep pengiklanan internet dan diterima secara praktikal lantas dapat meminimumkan kos operasi di internet. Projek ini sedikit sebanyak mengganggu pembangunan KampungWifi. Ditambah lagi dengan memberi tutor kepada rakan2 saya untuk menjadi tulang belakang kepada projek Tunas lantas dapat mengurangkan beban saya.

Setakat hari ini, KampungWifi telah berubah dengan mendadak dari segi pengurusan sistem setelah beberapa kali mencuba. Cuma dari segi perhubungan AP dan Repeater sering terganggu. Ini kerana konsep AP dan Repeater amat tidak sesuai bagi meminimakan masalah. Situasi seperti dibawah :

AP 1 : rate 54mbps -> link with WDS -> Repeater 1 : rate 54mbps
Untuk situasi diatas, memang tiada masalah akan berlaku. Pemahaman penting, Repeater 1 akan merembeskan signal pada kelajuan separuh dari apa yang diterima dari AP 1. Ini bermakna, kelajuan akan menjadi hanya 27mbps. Yang merunsingkan saya, apabila rate tersebut jatuh mendadak secara tiba2 kepada 1mbps.

AP 1 : rate 1mbps -> link with WDS -> Repeater 1 : rate 54mbps
Inilah yang terjadi. Bayangkan kelajuan pada masa ini? Sangat2 teruk sehinggakan keputusan ping terputus dengan kerap.

Pada masa ini, ini sahaja masalah yang saya hadapi.



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung