<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Monday, February 23, 2009

AP yang kerap Reboot

Semenjak kebelakangan ini, semakin kerap AP yang kita connect ni reboot.
Jika kita sedar, sedang kita guna line terputus terus seolah tiada sambungan terus ke internet. Logonya seperti ini. :

Walaubagaimanapun, ia berlaku dengan pantas sekitar kurang dari 10 saat bergantung kepada kedudukan anda untuk mendapatkan alamat ip dari router.

Modul 4 atau M4 sedang dalam proses pembangunan dan belum siap sepenuhnya utk digunakan. Ia dijangka akan dapat digunakan pada 26 Febuari 2009. Ia masih dalam kajian jadi ia tidak akan berfungsi sebagai primary melainkan jika terpaksa berikutan firmware M4 merupakan yang terkini berbanding M3.

Sekian, Terima kasih..



Friday, February 20, 2009

Kejayaan di dorong dengan usaha

Saya baru sahaja menyelesaikan installation NoCat kedalam Router. Dengan fungsi ini saya mampu mempamerkan splash page secara automatik kepada sesiapa yang masuk kedalam jaringan KampungWifi.

Saya mempelajarinya dengan mengikut tutorial yang diberikan. Ianya disini. NoCat. Perisian yang diperlukan hanyalah Winscp untuk pc anda connect ke dalam firmware dd-wrt didalam AP.

Dengan ini saya merasmikan Modul 4 atau M4 untuk terus membuat liputan keseluruh pelusuk Kampung Melayu Wira Damai. Nantikan splash image di browser anda dalam masa terdekat ini.

Sekian, Terima kasih..



Sunday, February 15, 2009

Muat Turun

Disini saya ada memberi contoh perisian yang telah saya gunakan. Jadi boleh muat turun.

Semua maklumat dibawah adalah PENEGASAN kerana ia boleh merosakkan hardware/router anda kalau tersilap langkah.

Firmware DD-WRT(untuk model Buffalo WHR-HP-G54 shj!) :
1. dd-wrt.v24_nokaid_generic.bin - Paling sesuai. Mempunyai setting wifidog. Saya menggunakan jenis "nokaid" kerana itu tidak diperlukan. Ia hanya untuk kesesuaian dengan Konsol video game x-box.
2. dd-wrt.v24_mini_generic.bin - ringan dan amat sesuai untuk mode repeater. Firmware ini ringkas dan tiada fungsi wifidog.
3. dd-wrt.v24_micro_generic.bin - Micro adalah yang paling ringan dan paling efisien jika kita gunakan pada repeater(mod WDS). Firmware ini amat ringkas dan tiada fungsi wifidog.

Rujuk : Sumber asal
Rujukan cara Install : WHR-HP-G54 (pastikan model dengan betul!)

Harga pasaran : RM170 - RM 220.

Firmware DD-WRT(untuk model Asus WL-520GC shj!) :
1. dd-wrt.v24_micro_generic.bin - hanya ada micro sahaja kerana storang model ini hanya 2mb.

Harga pasaran : RM128 - RM140(thundermatch di lowyat)

Perisian :
1. wifidog / Cara install klik sini.
2. Pfsense / Cara install klik sini(video tutorial).
3. Monowall / Cara install klik sini.

Itu sahaja setakat ini..



Teknologi

Dengan penyediaan kelengkapan tahap percubaan atau ujian, ia hanya mampu berfungsi dibawah paras jenis komersil. Peralatan yang di digunakan kini diguna kerana ianya tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi berbanding jenis komersil.

Kami menggunakan skema wireless seperti berikut :
- Protokol 802.11g
- Spektrum 2.4Ghz
- kelajuan maksimum 54mb/s

Perkakas :
- Riger
- Trendnet TEW-631BRP draft N 2.0
- Buffalo WHR-HP-54G.
- Antenna Engenius 2EAP-2412 dan 2EAG-2408.
- kable 2.4Ghz RP-SMA to N-Female.
- kable Cat 5.

Perisian :
- Trendnet default
- DD-WRT V23 dan V24.
- Wifidog(akan datang).
- PfSense

802.11g – piawaian ini telah 6 kali disemak dan setakat artikel ini ditulis , piawaian ini mungkin telah dikeluarkan. Piawaian ini dikatakan akan digabungkan dengan operasi 802.11b dan memiliki kadar transmisi sehingga 5 kali lebih pantas dalam jalur 2.4 GHz yang sama. Antara organisasi pengeluar produk Wi-Fi yang adalah Net Gear, Apple dan D-Link. Antara cabaran yang dihadapi ialah gangguan yang lebih tinggi dari lain-lain peralatan umpamanya telefon cordless berasaskan 2.4 GHz, terhadap frekuensi radio.

Sekian.



Friday, February 13, 2009

Fasa Terakhir melalui proses ujian.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya M3 berjaya dipindahkan ke tempat baru yang lebih baik.

Pemindahan bermula pada jam 3.55petang dan tamat pada 5.50 petang. Ia mengambil masa yg agak lama kerana setelah siap, saya menyemak dengan cara ping ke AP tersebut. Saya mendapati ping banyak yang loss. Macam ada yang tak kena jer. Kemudian saya naik lagi sekali dan menukar port LAN dari port 1 ke port 4 dan membetulkan kable SMA.

Saya ingin berkongsi hipotesis yang saya dapat.
1)Peralatan = kable 1 meter SMA.
- semakin berbelit kable, semakin susut jumlah transmit rate AP.

Di harapkan fasa terakhir ini merupakan yang terakhir untuk saya membangunkan projek ini. Diucapkan terima kasih kepada semua yang setia bersama. M3 ini akan mengalami proses kebolehupayaan selama 1 bulan bermula 13 februari 2009 hingga 13 march 2009. Jika tiada masalah, ia akan terus begini tanpa pengubahsuaian yang melibatkan hardware kerana ia memerlukan kos yang agak tinggi.

Selepas tempoh kebolehupayaan, ia bakal menutup tirai sesi pembangunan untuk memberi tumpuan sistem konfigurasi atau pengurusan client yang bersepadu bagi melicinkan user/klien yang menggunakan sistem ini.

Dengan tempat baru ini, saya merasakan bahawa jaringan internet tanpa wayar "kampungwifi" sudah meliputi hampir 60% perumahan Kampung Melayu Wira Damai dengan link pada kadar signal link lebih dari 20%. Saya menjangkakan dapat meliputi sekurang2 nya 90% dengan link signal lebih dari 30% pada suku keempat tahun 2009. InsyaAllah...



Wednesday, February 11, 2009

Error yang tidak tahu dari mana.

Assalamualaikum wrt..

Kali ini terjadi suatu perkara yang diluar pengetahuan saya mengenai nilai paket data yang mati(loss packet data) dari AP ke semua klien kampungwifi. Hal ini terjadi sejak 3 hari lepas. Dan saya dalam mengkaji kenapakah hal ini berlaku. Ia seperti abnormal.

Sebelum ini, TX mempunyai error pada kadar kurang dari 5 error dalam tempoh 2 jam 45 minit. Dan pada kali ini, RX pula yang semakin kritikal kerana error nya terlalu banyak dgn catatan 98% dalam tempoh 2 jam 45 minit.

Saya menjangkakan ada sesuatu yang tak kena di salah satu klien saya di kampungwifi. Adakah ada diantara kita broadcast sesuatu file? peer to peer seperti limewire/ares ataupun torrent. Ini mengganggu semua klien yang berada di jaringan kampungwifi termasuk repeater yang berfungsi di kawasan "kampungwifi 2". Kesimpulannya, ia menyesakkan komunikasi data diantara AP dan juga klien2 lain.

Saya berharap aktiviti peer to peer seperti limewire/ares ataupun torrent
dapat diberhentikan dengan seberapa segera kerana kita semua berkongsi satu talian.

Saya harap semua faham.

Terima kasih.



Monday, February 9, 2009

Naik taraf ditunda.

Proses naik taraf terpaksa ditunda berikutan kekurangan peralatan yang diperlukan dan kesuntukan masa.
Berikut merupakan senarai keperluan yang diperlukan untuk proses naik taraf.

peralatan :
- Set AP buffalo WHR-HP-G54 yang telah di flash kan dengan firmware dd-wrt v23 - siap
- Senao/EnGenius 8 dbi omni outdoor antenna - siap
- Entension plug kalis petir. - belum!
- 1 meter low lost dengan penyambung RP-SMA to N-Male - siap
- 1 meter paip besi. - siap
- 1 braket antena untuk lekat pada rabung. - siap
- 10 meter kable cat5. - siap
- 10 meter wayar elektrik. - belum
- sebungkus skru. - siap
- 100 kaki dawai taman. - siap
- 1 unit bekas plastik untuk diletakkan AP. Kerana AP asal tiada pelindung hujan dan panas. - siap
- Kipas 70mm untuk pengudaraan. - siap

Perubahan masa downtime akan diumum kelak.
Terima kasih.



Thursday, February 5, 2009

Pengumuman

Assalamualaikum wrt.

Berikut merupakan waktu yang akan mengalami gangguan internet tanpa wayar "KampungWifi" :

Tarikh : 9 Febuari 2009
Hari : Isnin
Bermula jam : 11 pg
Tempoh gangguan : sekitar 2 jam.

Dalam tempoh ini, anda akan mengalami gangguan yang agak teruk kerana M3 akan dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi. Jadi proses pemindahan memakan sedikit masa.
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kami begitu optimis untuk menyediakan paltform yang terbaik untuk anda semua. Terima kasih kerana menyertai projek "KampungWifi".

Sekian terima kasih.



Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

Saya menjumpai signal "KampungWifi Mx" di kawasan perumahan saya. Setelah saya klik untuk masuk, ia gagal untuk mendapat akses internet.
Hal ini berlaku kerana anda tidak mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.
untuk yang sudah menyertai, sila hubungi saya.

Bagaimanakah saya dapat menyertai projek "KampungWifi"?
Anda hanya perlu mengikuti perkembangan kajian yang kami jalankan dan berkongsi pengalaman bersama.

Bagaimanakah saya ingin menggunakan akses internet tanpa wayar "KampungWifi"?
Anda hanya memerlukan sebuah adapter wireless Lan. Kebanyakan laptop sekarang sudah mempunyai adapter terbina dalam tersebut. Walaubagaimanapun, Komputer biasa juga boleh mengakses asalkan mempunyai adapter wireless.

Saya menggunakan komputer biasa, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengakses internet tanpa wayar "KampungWifi"?
Di pasaran terdapat banyak jenis adapter wireless jenis USB mahupun PCI. Tetapi anda disyorkan menggunakan adapter berprotokolkan B/G jenis USB kerana mempunyai kelebihan untuk mendapatkan signal yang lebih baik kerana kedudukannya boleh berubah-ubah. Jenama yang ada ialah, Trendnet, Linksys, D-link, Buffalo, Belkin, Aztech dan banyak lagi. Lingkungan harga sekitar RM60 hingga RM120. Bergantung kepada jenama.

Berapakah kelajuan Akses Point internet tanpa wayar "KampungWifi"?
kelajuan maksimum 54mbps.

Apakah maksud M1, M2, M3 dan sebagainya?
"M" bermaksud modul akses point yang berkomunikasi dengan client seperti anda. Terdapat beberapa variasi kerana pembangunannya berbeza dan tahap kebolehupayaannya juga berbeza.

Dimanakan saya dapat menerima berita terkini tentang status terkini internet tanpa wayar "KampungWifi"?
Anda perlu kerap menyemaknya di laman kampungwifi.blogspot.com kerana segala pengumuman dibuat disini.

Berapakah Uptime akses Internet "KampungWifi"?
Pada masa ini, ia kurang dari 70% kerana kami tidak mempunyai peralatan dan teknologi yang terbaik kerana ianya melibatkan kos. Jadi kebanyakannya disediakan hasil dari kerja tangan sendiri. KampungWifi merupakan projek, bukan perkhidmatan. Pembangunannya adalah sepanjang masa, oleh itu ia tidak boleh mencapai sehingga 100%.



Kesilapan konfigurasi DHCP

Assalamualaikum wrt.

Semalam 4 Febuari 2009 berlaku gangguan yang agak kritikal bermula jam 10 malam hingga 12 tgh malam. Gangguan adalah disebabkan kegagalan Modul 3(M3) melepaskan ip untuk pengguna yang berhubung dengannya. Oleh itu berlaku talian yang agak terputus2 dan tertukar secara automatik ke M1.

Kaedahnya, saya perlu menbatalkan fungsi DHCP pada M3 yang bertindak sebagai secondary AP untuk memberi laluan kepada M1 sahaja yang melakukan kerja2 melepaskan ip tersebut.

Hubungan M1 dan M3 ialah melalui connector LAN to LAN.

Pada malam ini, saya ingin menyiapkan sedikit splash skrin dengan menggunakan nocat. Logonya seperti disebelah. Saya menggunakan tutorial nocat disini.



Tuesday, February 3, 2009

KampungWifi di fasa terakhir

Assalamualaikum..

Dimaklumkan bahawa projek "KampungWifi" sedang memasuki fasa terakhir pembangunan secara kekal selepas ini. Maksudnya, selepas ini hanya akan berlaku untuk naik taraf terhadap sistem sedia ada kerana saya telah menjumpai satu penemuan yang amat sesuai dan kompetitif untuk memaksimumkan penggunaan wifi di Wira Damai. Namun proses ujian ini bergantung kepada perubahan yang tidak dapat dijangkakan kelak.

Fasa terakhir adalah seperti perancangan berikut :
1) Menempatkan antena pemancar di tempat tinggi iaitu bumbung rumah.

peralatan :
- Set AP buffalo WHR-HP-G54 yang telah di flash kan dengan firmware dd-wrt v23
- Senao/EnGenius 8 dbi omni outdoor antenna
- Entension plug kalis petir.
- 1 meter low lost dengan penyambung RP-SMA to N-Male
- 1 meter paip besi.
- 1 braket antena untuk lekat pada rabung.
- 10 meter kable cat5.
- 10 meter wayar elektrik.
- sebungkus skru.
- 100 kaki dawai taman.
- 1 unit bekas plastik untuk diletakkan AP. Kerana AP asal tiada pelindung hujan dan panas.
- Kipas 70mm untuk pengudaraan.

2) Menyasarkan pengguna yang optimum dengan signal dan link yang stabil.

Untuk menjimatkan kos, saya lakukan semua dengan sendiri(DIY) untuk pemasangan dan design. Saya akan uploadkan kerja2 saya kemudian untuk dinilai.

Terima kasih kepada semua yang merealisasikan pembangunan projek "KampungWifi". Saya menjangkakan dalam 4 bulan akan datang, insyaAllah seluruh wira damai akan diliputi rangkaian ini. Ia melibatkan kos yang agak tinggi. Dengan simpanan yang diterima dari ahli2 dapatlah kita bangunkan sedikit demi sedikit projek ini.

Harini juga saya ingin berkongsi pengetahuan tentang wifi yang anda gunakan. Selamat belajar.

Piawaian yang mempengaruhi Wi-Fi

802.11b – Piawaian yang telah merintis arena jalur lebar – bagi mencari jalan menghantar data menerusi gelombang udara (tanpa lesen), para jurutera telah bekerja keras untuk mengeluarkan standard LAN Wayarles yang menggabungkan unsur-unsur data paket Ethernet, protokol routing Internet dan penggunaan spektrum secara meluas menerusi pelbagai saluran di dalam sesuatu jalur frekuensi. Hasilnya ialah maklumat yang dihantar pada kelajuan sehingga 11 Mbps dalam jalur 2.4 GHz dan pada kawasan seluas 300 kaki. Tidak lama kemudian, pada tahun 1999, LAN Wayarles telah diubah namanya kepada Wi-Fi.

802.11a – Antara tahun 1999-2000, piawaian 802.11a pula dikeluarkan. Ianya berkisarkan aktiviti jalur 5-6 GHz pada kelajuan 54 Mbps. Produk berasaskan standard ini pula telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2001 dengan kelajuan yang tinggi dan kurang risiko gangguan frekuensi radio bebanding 802.11b dan 802.11g. Cuma kelemahannya ialah 802.11a tidak selaras dengan 802.11b dan 802.11g kerana ianya keluar daripada jalur 2.4 GHz. Akhirnya ramai pengeluar berhenti mengeluarkan produk yang berasaskan standard ini. Namun, dengan kebangkitan kembali LAN Wayarles, standard ini mungkin boleh digunakan untuk zon kependudukan tinggi termasuk institusi-institusi pengajian tinggi, universiti dan pusat-pusat perniagaan.

802.11g – piawaian ini telah 6 kali disemak dan setakat artikel ini ditulis , piawaian ini mungkin telah dikeluarkan. Piawaian ini dikatakan akan digabungkan dengan operasi 802.11b dan memiliki kadar transmisi sehingga 5 kali lebih pantas dalam jalur 2.4 GHz yang sama. Antara organisasi pengeluar produk Wi-Fi yang adalah Net Gear, Apple dan D-Link. Antara cabaran yang dihadapi ialah gangguan yang lebih tinggi dari lain-lain peralatan umpamanya telefon cordless berasaskan 2.4 GHz, terhadap frekuensi radio.



Ambil perhatian

Assalamualaikum wrt..

Disini ada pengumuman penting kepada semua ahli kampungwifi. Berbekalkan sumbangan daripada ahli KampungWifi, sistem wireless kita telah mengalami proses naik taraf yang dijalankan semenjak 3 February 2009. Kali ini saya menggunakan model Buffalo WHR-HP-G54 dengan firmware yang telah di"flash" kan kepada dd-wrt. Oleh itu, diharap kepada semua ahli berpindah ke rangkaian seperti berikut :

- Kampungwifi M3

Jaringan KampungWifi M1 akan ditutup buat sementara waktu.

Sila beri komen dan pandangan anda.

Sekian, Terima kasih.



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung