<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Tuesday, May 19, 2009

Harga menggila dan R7

Ketidakstabilan ekonomi amatlah dirasai. Ini termasuklah keperluan asas untuk projek wireless ini iaitu router jenis Buffalo WHR-HP-G54 meningkat sehingga RM 40%. Harga paling murah yang saya boleh dapat ialah RM190 dan yang paling tinggi RM219. Jika sebelum ini saya dapat membeli sekitar RM169, kini saya perlu mengeluarkan belanja lebih untuk mendapatkannya.

Harganya kini meletakkan ia bersaing bersama Linksys WRT54GL yang dijual pada harga yang sama. Namun, penggunaan WRT54GL akan meningkatkn lagi kos kerana perlu menggunakan SMA-TNC converter untuk kerja2 perngubahsuaian antenna. Antara sebab utama saya tidak menggunakan Linksys kerana ianya buatan Amerika berbanding buffalo buatan Jepun.

Sehingga kini, saya hanya menyimpan stok router buffalo sebanyak 2 unit sahaja berbanding yang diperlukan 5 unit. Dan pembangunan tetap berjalan seperti biasa biarpun terpaksa menanggung belanja yang agak besar.

Rancangan terdekat ini ialah pemasangan wireless di Bangi. InsyaAllah pada khamis 20 May 2009 ini set pertama akan dipasang. Projek kalini diberikan nama "BaitulNet" yang akan memenuhi keperluan orang ramai disana.

Rancangan akan datang ialah menaik taraf firmware "KampungWifi M3". Cuma ia masih belum diputuskan dalam masa terdekat.

*************************************************************************************

Semalam baru sahaja selesai menyelenggara unit baru "KampungWifi M4 R7" di bahagian yang berhampiran dengan kaki bukit. Pengguna disana akan berhubung dengan unit tersebut. Unit ini berjalan melalui setting WDS. Saya setkan ianya berkomunikasi dengan M4 kerana M4 untuk memudahkan pengurusan dimasa akan datang.

Seterusnya ialah pemasangan Repeater di kawasan perumahan berdekatan masjid An-nur kg melayu wira damai pada bulan depan. insyaAllah..



1 Comments:

At May 25, 2011 at 4:55 PM , Blogger Rahiman said...

Personal opinion, I would prefer Linksys. Why? Last time it is a independent company. Then being bought over by Cisco. Cisco is high end product. They lack of consumer product. So, they bought over Linksys to bridge the gap of consumer market segment. Now Linksys is using Cisco technology. Personally I call Cisco is the Ferrari of the Network System. Thank you.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home
 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung