<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Friday, February 13, 2009

Fasa Terakhir melalui proses ujian.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya M3 berjaya dipindahkan ke tempat baru yang lebih baik.

Pemindahan bermula pada jam 3.55petang dan tamat pada 5.50 petang. Ia mengambil masa yg agak lama kerana setelah siap, saya menyemak dengan cara ping ke AP tersebut. Saya mendapati ping banyak yang loss. Macam ada yang tak kena jer. Kemudian saya naik lagi sekali dan menukar port LAN dari port 1 ke port 4 dan membetulkan kable SMA.

Saya ingin berkongsi hipotesis yang saya dapat.
1)Peralatan = kable 1 meter SMA.
- semakin berbelit kable, semakin susut jumlah transmit rate AP.

Di harapkan fasa terakhir ini merupakan yang terakhir untuk saya membangunkan projek ini. Diucapkan terima kasih kepada semua yang setia bersama. M3 ini akan mengalami proses kebolehupayaan selama 1 bulan bermula 13 februari 2009 hingga 13 march 2009. Jika tiada masalah, ia akan terus begini tanpa pengubahsuaian yang melibatkan hardware kerana ia memerlukan kos yang agak tinggi.

Selepas tempoh kebolehupayaan, ia bakal menutup tirai sesi pembangunan untuk memberi tumpuan sistem konfigurasi atau pengurusan client yang bersepadu bagi melicinkan user/klien yang menggunakan sistem ini.

Dengan tempat baru ini, saya merasakan bahawa jaringan internet tanpa wayar "kampungwifi" sudah meliputi hampir 60% perumahan Kampung Melayu Wira Damai dengan link pada kadar signal link lebih dari 20%. Saya menjangkakan dapat meliputi sekurang2 nya 90% dengan link signal lebih dari 30% pada suku keempat tahun 2009. InsyaAllah...



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home
 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung