<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Monday, April 28, 2008

Sampai sudah

Aku menunggu dengan tempoh yang agak lama. Akhirnya samapi juga trendnet TEW-631BRP aku.. Aku bakal mengorak langkah dengan mengaplikasikan teknologi radius pada masa depan.

semua tunggu..



Thursday, April 17, 2008

Mines

Aku menjejakkan kaki di mines shopping center. Tak sangka aku banyak hardware dan barang2 komputer boleh dapat disini dengan harga yang murah dan berpatutan. Ini adalah kali pertama aku masuk ke tempat ini. Sebenarnya rakan pejabat nak pergi makan tengah hari. Aku pun ikut ajala maklumla menumpang kereta orang.

Sebelum makan tu duk singgah la kedai komputer. Walaupun tak macam lowyat, tapi boleh tahan la kedai dia banyak dan banyak pilihan. Aku cuma tertarik dengan produk wireless. Tapi yang sedih jenama d-link sahaja yang banyak dijual. Dan aku tak sangka aku jumpa sebuah router yang memenangi anurgerah wireless device paling top dalam bulan march di Cnet.com iaitu SMC Router Barricade-N. Puas aku cari tiba2 ada pulak. murah lak tu. sapa nak boleh order. RM400. Aku bagi percuma adapter N 300mbps!.

Kepada yang tak duduk disekitar kajang, puchong, serdang dan bangi boleh la melawat kedai komputer kat sini. Temapt mewah tapi harga berpatutan. InsyaAllah..



Sunday, April 13, 2008

Tentang Kami

KampungWifi merupakan projek sulung sumber terbuka yang dikendalikan oleh belia Kampung Melayu Wira Damai di bawah program "Orang kampung menjelajah dunia". Ideanya dicetuskan oleh Dellantre.com yang pada masa yang sama menjadi penaja di peringkat awal pembangunan projek dan menyelia program ini demi memastikan ianya mencapai objektif untuk berkongsi pengetahuan dengan seluruh rayat Malaysia mengenai teknologi Wireless Fidelity(Wifi).

Di era globalisasi kini, kita tidak boleh tertinggal kebelakang kerana ianya merugikan diri kita sendiri walhal terdapat banyak peluang untuk kita mencuba, cuma kesedaran sahaja yang kurang dikalangan pemuda masakini. Oleh itu kami memilih projek sebegini sebagai platform penyediaan maklumat dan rujukan untuk semua orang dimasa akan datang. Kami mengamalkan konsep kongsi dan belajar untuk meningkatkan pengetahuan didalam bidang ini. Terima kasih kepada semua client/pengguna kerana terus menjadi penyumbang serta menyokong kepada pembangunan projek ini yang berterusan secara efektif.

Anda tidak digalakkan menyertai projek ini kerana kami tidak mahu mewujudkan persaingan dengan penyedia perkhidmatan internet seperti TM. Kami memerlukan client/pengguna untuk menguji tahap kebolehupayaan sistem yang mengendalikan projek ini Kerana projek ini mempunyai potensi dalam penyediaan sistem kuota dan pengurusan. Jika anda mahukan talian internet yang stabil 24 jam dengan kelajuan yang memuaskan, Projek ini bukanlah pilihan untuk keperluan anda. "KampungWifi" merupakan projek, bukan perkhidmatan internet.

Sekian.



Friday, April 4, 2008

Radius yang mendatang

Hari ini aku mendapat sedikit klu mengenai penggunan radius server. Aku sedar mengenai ini ketika setup AP kawan aku kat rumah cap TrendNET yang support radius server. Aku mula berfikir, kalau dd-wrt boleh buat, apakah fungsi radius server di AP kawan aku ni?
Aku tertanya dan bakal mendapat sedikit jawapan utk wifi kali ini.

Aku sudahpun menempah TrendNet Wireles N Router TEW-631BRP yang support fungsi radius jugak. Aku kena tunggu 2 minggu baru dapat. Aku tak nak guna linksys atas sebab-sebab dia dah terlalu popular. Sebab boleh hack dia punya firmware pada kebanyakan model2 dia. Takpa, aku yakin aku akan buat sesuatu dengan TrendNET pula. Bukan mempromosi, tetapi Benchmark router yang aku sudah tempah ini adalah yang tertinggi untuk jarak jauh. Boleh lihat ini : http://reviews.cnet.com/routers/trendnet-wireless-n-draft/4505-3319_7-31950485.html

Yang sebenarnya, aku sudah buat kajian secara atas kertas selama sebulan untuk meneliti produk yang betul puas hati. Dan inilah hasilnya iaitu yang aku sudah tempah. Harga hanya sekitar RM450. Aku banyak membaca pelbagai website yang buat benchmark.

Akan datang aku akan bogkarkan teknologi radius serba sedikit sebelum aku mengaplikasikannya untuk hotspot aku. Aku kepingin nak buat tutorial dari A-Z untuk setup wireless hotspot. InsyaAllah..
Doakan saya...

Sapa nak tempah model yang sama, boleh sms saya. 012-9769852



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung