Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)
Saya menjumpai signal "KampungWifi Mx" di kawasan perumahan saya. Setelah saya klik untuk masuk, ia gagal untuk mendapat akses internet.
Hal ini berlaku kerana anda tidak mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.
untuk yang sudah menyertai, sila hubungi saya.
Bagaimanakah saya dapat menyertai projek "KampungWifi"?
Anda hanya perlu mengikuti perkembangan kajian yang kami jalankan dan berkongsi pengalaman bersama.
Bagaimanakah saya ingin menggunakan akses internet tanpa wayar "KampungWifi"?
Anda hanya memerlukan sebuah adapter wireless Lan. Kebanyakan laptop sekarang sudah mempunyai adapter terbina dalam tersebut. Walaubagaimanapun, Komputer biasa juga boleh mengakses asalkan mempunyai adapter wireless.
Saya menggunakan komputer biasa, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengakses internet tanpa wayar "KampungWifi"?
Di pasaran terdapat banyak jenis adapter wireless jenis USB mahupun PCI. Tetapi anda disyorkan menggunakan adapter berprotokolkan B/G jenis USB kerana mempunyai kelebihan untuk mendapatkan signal yang lebih baik kerana kedudukannya boleh berubah-ubah. Jenama yang ada ialah, Trendnet, Linksys, D-link, Buffalo, Belkin, Aztech dan banyak lagi. Lingkungan harga sekitar RM60 hingga RM120. Bergantung kepada jenama.
Berapakah kelajuan Akses Point internet tanpa wayar "KampungWifi"?
kelajuan maksimum 54mbps.
Apakah maksud M1, M2, M3 dan sebagainya?
"M" bermaksud modul akses point yang berkomunikasi dengan client seperti anda. Terdapat beberapa variasi kerana pembangunannya berbeza dan tahap kebolehupayaannya juga berbeza.
Dimanakan saya dapat menerima berita terkini tentang status terkini internet tanpa wayar "KampungWifi"?
Anda perlu kerap menyemaknya di laman kampungwifi.blogspot.com kerana segala pengumuman dibuat disini.
Berapakah Uptime akses Internet "KampungWifi"?
Pada masa ini, ia kurang dari 70% kerana kami tidak mempunyai peralatan dan teknologi yang terbaik kerana ianya melibatkan kos. Jadi kebanyakannya disediakan hasil dari kerja tangan sendiri. KampungWifi merupakan projek, bukan perkhidmatan. Pembangunannya adalah sepanjang masa, oleh itu ia tidak boleh mencapai sehingga 100%.
3 Comments:
bagaimana merekabentuk LAN tanpa wayar utk perumahan dan keperluan dari segu perkakas, bagaimana pengguna mencapainya dan lokasi penghala WIFI dalam rangkaian tersebut
Maaf lewat jawab. Dari segi perkakasan, anda memerlukan Wireless router. Pengguna boleh mengakses LAN anda jika mereka berada didalam kawasan liputan wifi yang anda sediakan.
Bagaimana pula untuk menggunakan melalui handphone?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home