<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Sunday, April 26, 2009

Menuju ke Selatan


Assalamualaikum wrt..
Dalam kesibukan menguruskan panel utama kampungwifi untuk kampung melayu wira damai, di Apartmen Saujana, produk ini mendapat perhatian dari kawan saya. Sekarang ini saya dalam perbincangan untuk memasang Wireless di kawasan asrama KUIS di bangi. Projek ini mendapat persetujuan dengan salah seorang pensyarah disana yang juga selaku rakan semasa belajar di Telekom dulu.

Saya difahamkan projek ini akan meliputi beberapa asrama yang mempunyai sambungan wireless yang lemah dan juga yang tiada langsung sambungan.

Walaubagaimanapun ia masih dalam peringkat perbincangan. Saya berharap akan dapat mengaplikasikan teknologi "KampungWifi" disana kelak. insyaAllah. Dalam minggu ni saya akan meninjau tapak untuk pemasangan tersebut.

Sebenarnya saya juga mendapat permintaan dari beberapa kenalan lain. Cuma yang ini saya post kan kerana kesungguhan rakan saya dan juga keperluan disana.



Sunday, April 5, 2009

Perluasan maksimum

assalamualaikum..

Harini genap 30 hari atau sebulan aku kembali menulis blog ini.. Pada harini juga merupakan detik bersejarah yang penting dalam perkembangan wireless kampungwifi.

Kini, kampungwifi boleh diakses di sekitar apartment saujana. Kawasan lain yang terlibat ialah Kedai Paktam(jalan keluar ke bolton) dan Damai Bistro di kawasan berdekatan speedmart. Dengan perluasan ini, dijangka mampu menjadikan akses kampungwifi lebih mudah dimana-mana kita berada disini. Anda juga boleh mengakses internet di Surau mahyon Kampung Bahtera dan juga car wash yang berada disebelahnya.

SSID yang perlu di sambung ialah "KampungWifi M4 R8". Ianya dibuka kepada kesemua yang berdaftar dengan kampungwifi. Anda juga boleh membawa laptop anda dikawasan yang telah diberitahu seperti diatas.

Kini dijangka kampungwifi telah merangkumi hampir keseluruhan kampung melayu wira damai. Objektif kita semakin tercapai!

Terima kasih kepada saudara Balin yang memberi keizinan melalui kerjasama dengan meletakkan Repeater 8 untuk memancar signal dari tingkat 12 apartment saujana.



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung