<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Tuesday, March 3, 2009

Projek pengurusan klien bermula...

Assalamualaikum wrt..

Dengan rasa berbesar hati ingin mengumumkan penemuan seterusnya ialah sistem pengurusan klien yang telah saya beritahu sebelum ini. Setelah 4 hari menggeledah sistem ini, akhirnya berjaya juga saya meng 'up' kan nya didalam server. Saya akan terangkan bagaimana sistem captive portal wifidog berfungsi. Sebelum itu saya minta maaf kerana tidak menerangkan apa itu captive portal. InsyaAllah selepas ini saya terangkan. Berikut merupakan diagram wifidog yang telah dijalankan :Entiti Client bermaksud adalah pengguna seperti anda semua.
Entiti Gateway merupakan AP atau access point.
Auth Server merupakan server side yang berada di tempat lain seperti datacenter. Saya menggunakan domain kampungwifi.com.

Klien akan memasukkan kata laluan yang kemudiannya akan akan disahkan oleh server. Proses ini berlaku apabila Gateway menjadi orang tengah untuk anda dan server berkomunikasi. Namun Gateway bukanlah tempat pangkalan data klien. Semua sesi pendaftaran dan data berada di server.

Gateway yang di letakkan disitu menggunakan firmware DD-WRT V24 sp1 Nokaid di atas platform perkakas Buffalo WHR-HP-G54 yang telah di setkan untuk berfungsi sebagai ejen kepada server dan juga klien. Berikut merupakan paparan untuk login ke KampungWifi akan datang :

Esok saya akan selesaikan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Selepas ini saya merangka sistem ini akan dapat membantu kita semua sekaligus dapat meningkatkan tahap keselamatan klien yang berhubung.


Sebab apa saya guna bahasa melayu = sebab tutorial dalam bahasa ibunda kita amatlah susah nak dapat. Saya pun terpaksa translate walaupun ada yg tak betul. Asalkan faham sudah. Martabatkan bahasa melayu!



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home
 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung