<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Wednesday, July 14, 2010

Engenius EOC-2611P

Kampungwifi mengorak langkah dengan menggunakan peralatan baru iaitu Engenius EOC-2610. Modul R8 akan di tukar dari jenis Buffalo kepada model baru ini kerana ianya lebih baik dari segi signal transmitnya. Model ini juga merupakan model khusus untuk dijadikan repeater, tidak seperti buffalo yang merupakan model pengguna biasa dan telah di "tweak' untuk menjadi super power.

Model disebelahnya, iaitu EOC-2611P adalah model terbau bagi menggantikan model asal iaitu EOC-2610. Model terbaru ni mempunyai kelebihan berbanding yang lama iaitu dual polarization iaitu di horizontal dan vertical secara serentak atau boleh dipilih salah satu.

Melalui kajian saya, dual polarization tidak lebih dari merembes signal pada sudut yang lebih luas. Cumanya, jika dual polarize di hidupkan, rembesan signal semakin lemah kerana bukaan sudutnya lebih luas. Kelebihannya adalah untuk jarak dekat. Seperti fungsi kamera wide, dan bukan zooming. Spesifikasi model ini anda boleh rujuk di http://www.engeniustech.com/datacom/products/details.aspx?id=314.

Untuk pengetahuan anda, model ini boleh di flashkan ke DDWRT. Tetapi perlu membayar kepada mereka kerana model ini bukanlah model pengguna umum. Harga lesen tersebut tak lebih RM100 dan ianya adalah utk sekali pembelian sahaja.

Model ini rasanya telah di jenamakan semula oleh TP-link yang tak jauh beza fungsinya. Anda boleh rujuk model tersebut di http://www.tp-link.com/products/productDetails.asp?class=wlan&pmodel=TL-WA5210G.

Kepada yang berminat terhadap model Engenius EOC-2611P ini, boleh dapatkan dari saya. Harga yang ditawarkan ialah RM500 setiap unit.



Wednesday, May 5, 2010

Tidak berhenti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biarpun sekian lama menyepikan diri dari dunia blog, ini tidak bermakna saya hilang dengan tidak membuat apa-apa. Hampir 6 bulan kebelakangan ini pelbagai perkara telah saya lakukan untuk merealisasikan sebuah perkhidmatan wifi murah yang murah dan efisien.

Tahun 2010 merupakan tahun perancangan drastik saya dalam dunia IT. Saya menjadi semakin rancak melakukan R&D dan tumpuan kepada ilmu-ilmu teknologi lain. Antara yang telah saya bangunkan ialah Projek TUNAS dimana objektif saya ingin membantu usahawan kecil dan baru memperkenalkan perniagaan "belakang rumah" mereka di internet dengan memiliki laman web sendiri. Pendekatan yang saya terapkan adalah melalui pemahaman konsep pengiklanan internet dan diterima secara praktikal lantas dapat meminimumkan kos operasi di internet. Projek ini sedikit sebanyak mengganggu pembangunan KampungWifi. Ditambah lagi dengan memberi tutor kepada rakan2 saya untuk menjadi tulang belakang kepada projek Tunas lantas dapat mengurangkan beban saya.

Setakat hari ini, KampungWifi telah berubah dengan mendadak dari segi pengurusan sistem setelah beberapa kali mencuba. Cuma dari segi perhubungan AP dan Repeater sering terganggu. Ini kerana konsep AP dan Repeater amat tidak sesuai bagi meminimakan masalah. Situasi seperti dibawah :

AP 1 : rate 54mbps -> link with WDS -> Repeater 1 : rate 54mbps
Untuk situasi diatas, memang tiada masalah akan berlaku. Pemahaman penting, Repeater 1 akan merembeskan signal pada kelajuan separuh dari apa yang diterima dari AP 1. Ini bermakna, kelajuan akan menjadi hanya 27mbps. Yang merunsingkan saya, apabila rate tersebut jatuh mendadak secara tiba2 kepada 1mbps.

AP 1 : rate 1mbps -> link with WDS -> Repeater 1 : rate 54mbps
Inilah yang terjadi. Bayangkan kelajuan pada masa ini? Sangat2 teruk sehinggakan keputusan ping terputus dengan kerap.

Pada masa ini, ini sahaja masalah yang saya hadapi.



Saturday, November 21, 2009

Kenali teknologi 802.11x

Assalamualaikum wrt..

Kita biasa mendengar wifi. Tahukah anda apakah disebalik teknologi tersebut? Pada kalini saya ingin merungkai jenis2 protocol tanpa wayar untuk kita sama2 mengenal.



In order to ensure high throughput, good range and universal interoperability, IEEE 802.11x standards govern WLAN operations. WLAN and IEEE 802.11x have become synonymous over the years:

  • IEEE 802.11 - The original 1 Mbit/s and 2Mbit/s, 2.4GHz RF and IR standard (1999)
  • IEEE 802.11a - 54Mbit/s, 5 GHz standard (1999, shipping products in 2001)
  • IEEE 802.11b - Enhancements to 802.11 to support 5.5 and 11 Mbit/s (1999)
  • IEEE 802.11c - Bridge operation procedures; included in the IEEE 802.1D standard (2001)
  • IEEE 802.11d - International (country-to-country) roaming extensions (2001)
  • IEEE 802.11e - Enhancement: QoS, including packet bursting (2005)
  • IEEE 802.11f - Inter-Access Point Protocol (2003) Withdrawn February 2006
  • IEEE 802.11g - 54 Mbit/s, 2.4 GHz standard (backwards compatible with b) (2003)
  • IEEE 802.11h - Spectrum Managed 802.11a (5 GHz) for European compatibility (2004)
  • IEEE 802.11i - Enhanced security (2004)
  • IEEE 802.11j - Extensions for Japan (2004)
  • IEEE 802.11k - Radio resource measurement enhancements
  • IEEE 802.11l - (reserved and will not be used)
  • IEEE 802.11m - Maintenance of the standard: odds and ends
  • IEEE 802.11n - Higher throughput improvements
  • IEEE 802.11o - (reserved and will not be used)
  • IEEE 802.11p - WAVE - Wireless Access for the Vehicular Environment (such as ambulances
    and passengers cars)
  • IEEE 802.11q - (reserved and will not be used, can be onfused with 802.1Q VLAN trunking)
  • IEEE 802.11r - Fast roaming
  • IEEE 802.11s - ESS Mesh Networking
  • IEEE 802.11t - Wireless Performance Prediction (WPP) - test methods and metrics
  • IEEE 802.11u - Interworking with non-802 networks (e.g., cellular)
  • IEEE 802.11v - Wireless network management
  • IEEE 802.11w - Protected Management Frames
  • IEEE 802.11x - (reserved and will not be used)
  • IEEE 802.11y - 3650-3700 Operations in USA



Monday, November 16, 2009

Rasminya sistem pengurusan yagn efisien.

Alhamdulillah, kini KampungWifi telah berjaya memiliki sebuah sistem pengurusan pengguna dengan kerjasama dengan minushotspot. Pelbagai kajian telah dijalankan dan beribu wang ringgit dibelanjakan demi menyedialan peralatan yang sesuai untuk perjalanan projek ini.

Sebaik sahaja sistem ini disiapkan, saya menghantar sms kepada semua pengguna untuk mendaftar di laman kampungwifi untuk pengaktifan akaun secara terurus.

Saya juga telah menaiktaraf peralatan seperti antena dan router. Sekarang saya banyak menggunakan router jenis Asus kerana jauh lebih murah dan mudah untuk di flashkan. (model WL-520GC hanya boleh flash mini kerana storan 2mb sahaja). Saya meletakkan konfigurasi Wifidog di router utama sahaja. Untuk AP dan repeater biasa, ia sekadar penerima dan pemberi signal sahaja supaya ringan bagi mengurangkan proses router yang bertugas.

Akan datang saya ingin memisahkan laman login ke auth.kampungwifi.org kerana ingin membina sebuah laman web rasmi projek KampungWifi.



Wednesday, November 11, 2009

Penukaran modul R8

Kerja2 penukaran modul R8 sudah selesai. Signal yang disebarkan amat baik kerana menggunakan antenna dari jenis directional atau flat panel yang lebih kecil fokus nya.

Sekarang, kampungwifi sedang melalui proses migrasi kepada sistem pengurusan yang lebih efisien dan praktikal. Perisian yang digunakan ialah wifidog. Layarinya disini http://kampungwifi.org/login/.



Monday, August 3, 2009

Lawatan ke Menara

Minggu lalu, saya pergi melawat tapak menara dan menyerahkan surat permohonan kepada pihak masjid An-Nur Kampung Melayu Wira Damai. Menara setinggi 60 meter itu amat sesuai untuk menjadi stesen pemancar dengan meletakkan Repeater disana.

Kerja2 pemasangan wall plug sudah pun diselesaikan semalam. Kerja2 akhir ialah memasang Repeater disana. AP telah pun di set dengan menggunakan SSID "KampungWifi@Masjid An-Nur". Pemasangan penuh dijangka siap selewat2 nya pada 10 Ogos 2009.

Terdapat faktor dead spot yang dapat saya kesan disana kerana pokok besar di antara menara dan rumah saya. Berkemungkinan signal bakal atau tidak dapat dikesan. Namun ujian perlu dijalankan terlebih dahulu bagi menguji kemampuannya nanti.



Sunday, July 5, 2009

Berita dari Projek BaitulNet

Projek Baitulnet sedang mengalami sedikit komplikasi selepas pelancarannya. Penyebab utama ialah struktur fizikal bangunan dan persekitaran yang menyukarkan kerja2 pemasangan untuk mendapatkan clearsight.

Disana telah kami sediakan satu palang khas untuk memikul AP supaya dapat diletakkan keluar dari dingin bagi mengurangkan dead spot. Kemungkinan kami terpaksa memanjangkan lagi palang tersebut kerana ada sebuah blok yang mengalami masalah penyambungan.

Pelan pemasangan di Masjid an-nur kampung melayu wira damai masih didalam peringkat perbincangan. InsyaAllah dalam masa terdekat ini kami akan melakukan kerja2 lawatan tapak pemasangan dan kemudian akan membuat penilaian dan perancangan untuk meletakkan AP disitu. Kami akan menggunakan model Asus WL-520GC.



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung