<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6882212274705393320\x26blogName\x3dCetusan+teknologi+orang+kampung\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kampungwifi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kampungwifi.blogspot.com/\x26vt\x3d-4965623208755682918', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Projek KampungWifi merupakan projek komuniti dengan sumber terbuka




Sunday, July 5, 2009

Berita dari Projek BaitulNet

Projek Baitulnet sedang mengalami sedikit komplikasi selepas pelancarannya. Penyebab utama ialah struktur fizikal bangunan dan persekitaran yang menyukarkan kerja2 pemasangan untuk mendapatkan clearsight.

Disana telah kami sediakan satu palang khas untuk memikul AP supaya dapat diletakkan keluar dari dingin bagi mengurangkan dead spot. Kemungkinan kami terpaksa memanjangkan lagi palang tersebut kerana ada sebuah blok yang mengalami masalah penyambungan.

Pelan pemasangan di Masjid an-nur kampung melayu wira damai masih didalam peringkat perbincangan. InsyaAllah dalam masa terdekat ini kami akan melakukan kerja2 lawatan tapak pemasangan dan kemudian akan membuat penilaian dan perancangan untuk meletakkan AP disitu. Kami akan menggunakan model Asus WL-520GC.



Pelancaran logo baru


Assalamualaikum wrt...

Kini projek kampungwifi telah menggunakan logo baru, seiring dengan pembaharuan dari segi teknologi dari masa kesemasa.

Logo pada kali ini lebih terampil dan kemas disamping mengekalkan warna hijau sebagai warna utama. Hijau pada kali ini agak pekat sedikit berbanding logo lama.

Kita masih belum menyediakan aksesori atau souvenir dengan menggunakan logo kepada umum. Semuanya dalam proses dan akan diberitahu kelak. Cadangan adalah penyediaan t-shirt tidak lama lagi. InsyaAllah..



Wednesday, July 1, 2009

Ke menara Masjid

Assalamualaikum wrt...

Baru-baru ini saya telah berbincang dengan En Nazri untuk meluaskan rangkaian internet di kawasan masjid dan sekitar. Projek ini akan dimulakan sebelum akhir hujung bulan ini. Bergantung kepada Router yang diperlukan. Sehingga kini Router jenis WHR-HP-G54 masih kehabisan stok. Oleh itu, pembangunan tidak dapat dijalankan berikutan tiada lagi produk yang setanding dengannya dari segi harga dan kemampuannya.

Pada masa ini, saya sedang menguji model router Asus WL-520GC. Saya juga telah menaik taraf firmware ke dd-wrt jenis micro. Model ini mempunyai freakunsi CPU yang lebih baik dari Bufalo iaitu 240Mhz. Namun, kelemahannya ialah mempunyai stor data yang rendah iaitu 2MB yang memaksa menggunakan jenis micro sahaja berbanding standard. Walaubagaimanapun, ujian kebolehupayan masih belum dijalankan pada model ini.

Sebelum ini. saya telah flash firmware model D-Link Dir-300. Namun keputusannya amat mengecewakan. Kerana router ini tidak mampu untuk berfungsi sebaik router bufalo dan asus. Oleh itu router ini saya telah hadkan penggunaannya untuk klien yang berhampiran.



 
Rekabentuk oleh Dellantre| Powered by Blogger | © 4/2011 : Cetusan teknologi orang kampung