Assalamualaikum..
Dimaklumkan bahawa projek "KampungWifi" sedang memasuki fasa terakhir pembangunan secara kekal selepas ini. Maksudnya, selepas ini hanya akan berlaku untuk naik taraf terhadap sistem sedia ada kerana saya telah menjumpai satu penemuan yang amat sesuai dan kompetitif untuk memaksimumkan penggunaan wifi di Wira Damai. Namun proses ujian ini bergantung kepada perubahan yang tidak dapat dijangkakan kelak.
Fasa terakhir adalah seperti perancangan berikut :
1) Menempatkan antena pemancar di tempat tinggi iaitu bumbung rumah.
peralatan :
- Set AP buffalo WHR-HP-G54 yang telah di flash kan dengan firmware dd-wrt v23
- Senao/EnGenius 8 dbi omni outdoor antenna
- Entension plug kalis petir.
- 1 meter low lost dengan penyambung RP-SMA to N-Male
- 1 meter paip besi.
- 1 braket antena untuk lekat pada rabung.
- 10 meter kable cat5.
- 10 meter wayar elektrik.
- sebungkus skru.
- 100 kaki dawai taman.
- 1 unit bekas plastik untuk diletakkan AP. Kerana AP asal tiada pelindung hujan dan panas.
- Kipas 70mm untuk pengudaraan.
2) Menyasarkan pengguna yang optimum dengan signal dan link yang stabil.
Untuk menjimatkan kos, saya lakukan semua dengan sendiri(DIY) untuk pemasangan dan design. Saya akan uploadkan kerja2 saya kemudian untuk dinilai.
Terima kasih kepada semua yang merealisasikan pembangunan projek "KampungWifi". Saya menjangkakan dalam 4 bulan akan datang, insyaAllah seluruh wira damai akan diliputi rangkaian ini. Ia melibatkan kos yang agak tinggi. Dengan simpanan yang diterima dari ahli2 dapatlah kita bangunkan sedikit demi sedikit projek ini.
Harini juga saya ingin berkongsi pengetahuan tentang wifi yang anda gunakan. Selamat belajar.
Piawaian yang mempengaruhi Wi-Fi
802.11b – Piawaian yang telah merintis arena jalur lebar – bagi mencari jalan menghantar data menerusi gelombang udara (tanpa lesen), para jurutera telah bekerja keras untuk mengeluarkan standard LAN Wayarles yang menggabungkan unsur-unsur data paket Ethernet, protokol routing Internet dan penggunaan spektrum secara meluas menerusi pelbagai saluran di dalam sesuatu jalur frekuensi. Hasilnya ialah maklumat yang dihantar pada kelajuan sehingga 11 Mbps dalam jalur 2.4 GHz dan pada kawasan seluas 300 kaki. Tidak lama kemudian, pada tahun 1999, LAN Wayarles telah diubah namanya kepada Wi-Fi.
802.11a – Antara tahun 1999-2000, piawaian 802.11a pula dikeluarkan. Ianya berkisarkan aktiviti jalur 5-6 GHz pada kelajuan 54 Mbps. Produk berasaskan standard ini pula telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2001 dengan kelajuan yang tinggi dan kurang risiko gangguan frekuensi radio bebanding 802.11b dan 802.11g. Cuma kelemahannya ialah 802.11a tidak selaras dengan 802.11b dan 802.11g kerana ianya keluar daripada jalur 2.4 GHz. Akhirnya ramai pengeluar berhenti mengeluarkan produk yang berasaskan standard ini. Namun, dengan kebangkitan kembali LAN Wayarles, standard ini mungkin boleh digunakan untuk zon kependudukan tinggi termasuk institusi-institusi pengajian tinggi, universiti dan pusat-pusat perniagaan.
802.11g – piawaian ini telah 6 kali disemak dan setakat artikel ini ditulis , piawaian ini mungkin telah dikeluarkan. Piawaian ini dikatakan akan digabungkan dengan operasi 802.11b dan memiliki kadar transmisi sehingga 5 kali lebih pantas dalam jalur 2.4 GHz yang sama. Antara organisasi pengeluar produk Wi-Fi yang adalah Net Gear, Apple dan D-Link. Antara cabaran yang dihadapi ialah gangguan yang lebih tinggi dari lain-lain peralatan umpamanya telefon cordless berasaskan 2.4 GHz, terhadap frekuensi radio.